Isteri Curang 'Melekat' Bersama Kekasih Dibawa Berarak

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 10:04 AM

(Ubah saiz teks)

NAIROBI: Seorang wanita yang dipercayai sudah berkahwin dan kekasih gelapnya, berdepan detik-detik memalukan apabila terpaksa dibawa berarak di tempat umum menuju ke hospital selepas mereka berdua 'melekat' bersama akibat mengadakan hubungan seks.

Satu rakaman video menunjukkan pasangan tersebut yang masih melekat, diusung menggunakan pengusung beroda.

Rakaman itu yang diambil di lokasi yang tidak dapat dipastikan di Kenya, menunjukkan wanita terbabit menutup wajahnya menggunakan cadar katil manakala kekasihnya hanya memerhatikan keadaan sekeliling.

Menurut laporan Mail Online, pasangan itu dipercayai mengadakan hubungan sulit di sebuah hotel dinamakan sebagai Explor-Inn, dan mereka tidak boleh 'dipisahkan' selepas mengadakan hubungan seks.

Pihak pengurusan hotel menyedari kejadian itu apabila wanita berkenaan menjerit kesakitan secara tiba-tiba dan staf hotel tersebut terpaksa membawa mereka berdua ke pusat perubatan menggunakan laluan umum.

Kejadian itu disedari oleh ramai orang yang kemudiannya merakamkan detik-detik memalukan tersebut.

Media Kenya melaporkan bahawa suami wanita tersebut menggunakan sejenis cecair yang direka khas untuk menangkap isteri yang berlaku curang.

Nasib pasangan kekasih itu tidak diketahui dan identiti mereka juga tidak didedahkan.



Tags / Kata Kunci: Isteri Curang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan