Sebut Sahaja 'Bom', Bayar Ganti Rugi

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 4:46 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Mulai sekarang, sebut sahaja "bom" sekali pun bergurau ketika di lapangan terbang atau dalam pesawat, anda berkemungkinan menghadapi tuntutan ganti rugi, yang mungkin besar jumlahnya di Indonesia.

Pengurusan lapangan terbang dan syarikat penerbangan berhak membuat tuntutan ganti rugi kerana kerugian besar yang ditanggung akibat gurauan yang mencetuskan kejutan kepada banyak orang dan pihak. 

Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan, Agus Santoso berkata, "Bagi yang bercanda dengan mengatakan membawa bom atau apapun hingga membuat operasi terganggu, lapangan terbang dan syarikat penerbangan boleh menuntut ganti rugi."

Tuntutan ganti rugi ini bagi memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat.

Agus berkata, akibat gurauan itu, syarikat penerbangan mengalami kerugian masa kerana semua penerbangan terpaksa ditunda bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

"Syarikat penerbangan juga harus cari pesawat lain untuk segera mengangkut penumpang dan kesemua penumpang bersama kru juga mengalami kerugian waktu," katanya sebagaimana dilaporkan media.

Beliau berkata gurauan mengenai bom oleh penumpang pesawat semakin menjadi-jadi di Indonesia walaupun pihak berkuasa pernah menahan beberapa individu yang berbuat demikian sebelum ini. 

Pada Mac lepas sahaja terdapat dua kes gurauan mengenai bom di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan yang mengakibatkan lapangan terbang itu gempar dan penerbangan terganggu. 

Sementara itu, Ketua Eksekutif syarikat penerbangan nasional PT Garuda Indonesia, Arif Wibowo berkata, memang wajar syarikat penerbangan membuat tuntutan ganti rugi memandangkan betapa bahayanya gurauan seumpama itu. 

Beliau dipetik sebagai berkata, sememangnya menjadi prosedur syarikat penerbangan menangguh penerbangan jika terdapat gurauan seperti itu kerana tidak mahu mengambil risiko dan khuatir jika bom benar-benar wujud. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Indonesia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan