Senarai 8,768 Sasaran Bunuh Daesh Disiarkan

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Sekumpulan penggodam yang mempunyai kaitan dengan militan Daesh menyiarkan senarai nama rakyat Amerika Syarikat (AS) menjadi sasaran untuk dibunuh oleh kumpulan pengganas itu.

Kumpulan Pro-ISIS United Cyber Caliphate (UCC) menerusi satu rakaman video menyatakan, mereka mengancam untuk membunuh kira-kira 8,786 rakyat AS termasuk Presiden Donald Trump.

Senarai tersebut turut menyatakan nama dan alamat sasaran yang akan dibunuh oleh pengikut mereka yang bertindak secara bersendirian.

"Bunuh mereka jika terserempak dengan sasaran," kata UCC menerusi video yang disiarkan dalam laman web SITE Intelligence Group.

"Kami mempunyai mesej kepada rakyat AS terutamanya Presiden Trump.

"Kami akan meneruskan perang terhadap anda. Ketahuilah bahawa setiap serangan balas anda akan menguatkan kami. UCC akan memulakan kaedah perang baharu ke atas anda," jelas mesej itu seperti dilaporkan Mail Online.

Ia bukan kali pertama UCC menyiarkan senarai sasaran untuk dibunuh dan mereka sudah melakukannya sebanyak beberapa kali.

Pada April tahun lalu, seramai 43 rakyat AS yang mempunyai kaitan dengan kerajaan terutamanya Jabatan Negara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan beberapa jabatan lain, disenaraikan sebagai sasaran bunuh oleh kumpulan tersebut.

Senarai itu turut menyatakan nombor telefon dan poskod alamat mangsa tetapi tidak selengkap senarai yang disiarkan baru-baru ini.

"AS, anda adalah matlamat utama kami.

"Sistem anda gagal menangani serangan kami. Kini kami akan menghancurkan anda," tambah UCC.

Tags / Kata Kunci: Daesh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan