iPhone 8 Bakal Guna Teknologi Samsung - Nikkei

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 1:37 PM

GAMBAT HIASAN - Ihsan Nikkei

(Ubah saiz teks)

CALIFORNIA: Syarikat elektronik gergasi Apple, bakal menggunakan teknologi paparan skrin 'musuh ketatnya', Samsung apabila dilaporkan menempah teknologi diod lampu organik (OLED) sebanyak 70 juta unit.

Menurut laporan Nikkei, syarikat yang beribu pejabat di California itu menempah teknologi tersebut untuk digunakan dalam pembuatan produk terbaharu Apple, iPhone 8 yang dijangka diperkenalkan pada tahun depan.

"Apple menempah 70 juta unit panel OLED daripada Samsung pada tahun ini.

"Samsung akan menghasilkan 90 unit OLED sebagai langkah persediaan jika terdapat lebihan permintaan," tambah laporan itu.

Bagaimanapun Samsung enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu dan menyatakan pihaknya tidak boleh mendedahkan tempahan yang dibuat oleh pelanggan.

Tahun lalu, media Korea Utara melaporkan, Samsung menandatangani perjanjian dengan Apple dengan nilai tiga trilion won (RM11.8 juta) bagi membekalkan 100 juta unit panel OLED untuk digunakan dalam produk iPhone.

Nikkei melaporkan, terdapat tiga model baharu akan dikeluarkan sempena sambutan ulang tahun ke-10 produk terkemukan Apple, iPhone.

Antara produk yang dikeluarkan mempunyai ciri paparan skrin OLED berukuran 5.2 inci manakala dua lagi model menggunakan paparan cecair kristal (LCD) berukuran 4.7 inci dan 5.5 inci.

Apple tidak pernah menggunakan panel OLED pada produk sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Apple , Samsung , iPhone 8

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan