Pos Kawalan Yala Diserang, 12 Polis Cedera

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 4:24 PM

ANGGOTA keselamatan Thailand memeriksa kawasan serangan bom di Yala pada 13 September 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

YALA: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pos keselamatan polis di Krong Pinang di sini awal pagi Isnin mengakibatkan 12 anggota polis cedera.

Ketua Polis Yala Mej Jen Kerissada Keawjandi berkata kejadian pada kira-kira 1.15 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan berlaku insiden berbalas tembakan selama 10 minit.

Serangan itu dipercayai dipimpin oleh dua ketua Runda Kumpulan Kecil (RKK) di kawasan terbabit, katanya kepada pemberita di sini.

Katanya kumpulan penyerang itu dipecahkan kepada beberapa unit kecil antara lima hingga tujuh orang sepasukan dan menyerang pos kawalan yang terletak di tengah bandar Krong Pinang dari beberapa sudut.

Beliau berkata ada antara lelaki bersenjata itu memanjat bumbung rumah-rumah berhampiran untuk melepaskan tembakan ke arah pos keselamatan itu.

Penyerang turut melempar beberapa butir bom paip sehingga menyebabkan pos keselamatan itu terbakar, katanya menurut laporan Bernama.

Kerissada berkata pihak keselamatan menemukan ratusan kelongsong peluru M-16 dan AK-47 serta lima butir bom paip yang gagal meletup selepas kejadian.

"Bagi menghalang unit-unit polis dan tentera berhampiran daripada memberikan bantuan, penyerang telah menebang pokok-pokok bagi menyukarkan laluan pasukan keselamatan.

"Penyerang turut menabur paku-paku di jalan raya dan meletakkan bom untuk melambatkan penghantaran bantuan daripada pasukan keselamatan," katanya.

Beberapa hari lepas, Balai Polis Ranget di Narathiwat turut diserang sekumpulan lelaki bersenjata mengakibatkan seorang anggota polis maut dan lima yang lain cedera.

Tags / Kata Kunci: Yala

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan