Mesir Serah Dua Pulau Kepada Arab Saudi

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 11:32 AM

PARLIMEN Mesir akan menentukan sama ada proses penyerahan semula dua pulau kepada Arab Saudi boleh diteruskan atau tidak. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir pada Ahad menetapkan bahawa keputusan kontroversi untuk memindahkan dua kepulauan strategik di Laut Merah kepada Arab Saudi boleh diteruskan.

Perancangan itu diteruskan walaupun keputusan Mahkamah Pentadbiran Tinggi pada Januari lalu menyekat perpindahan tersebut dilaksanakan.

Mahkamah Hal Ehwal Khas melangkaui keputusan tersebut untuk meneruskan penyerahan Pulau Tiran dan Sanafir kepada Riyadh seperti yang dilaporkan oleh portal Al Jazeera.

Mahkamah berkenaan menetapkan bahawan perpindahan itu boleh diteruskan dan pihak Mahkamah Pentadbiran Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan tentang hal kedaulatan negara.

Keputusan terbaharu itu belum muktamad sepenuhnya dan masih boleh dirayu selain sebarang kata putus akhir perlu mendapat kelulusan Parlimen.

Perkembangan itu menyaksikan hubungan dua hala kedua-dua negara semakin baik selepas ketegangan diplomatik yang tercetus sejak beberapa bulan lalu susulan keputusan Mesir menyerahkan pulau terbabit kepada Arab Saudi.

Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi dan Raja Arab Saudi, Raja Salman mengadakan pertemua di Jordan pada minggu lalu di Persidangan Liga Arab.

Perjanjian wilayah itu yang diumumkan pada April 2016, mencetuskan kemarahan rakyat Mesir yang menegaskan kedua-dua pulau terbabit milik negara ini.

Kerajaan Mesir dan Arab Saudi mencari jalan penyelesaian untuk menetapkan perjanjian sempadan laut antara kedua-dua negara selain menetapkan bahawa dua pulau berkenaan pada asalnya milik Riyadh.

Dua pulau itu dikuasai oleh Mesir pada 1950-an apabila Riyadh memintah Kaherah untuk melindunginya.

Kedudukan pulau itu sangat strategik kerana terletak di Teluk Aqaba yang menghubungkan beberapa pelabuhan utama di Mesir, Israel dan Jordan selain memiliki nilai maritim yang tinggi.

Tags / Kata Kunci: Mesir , Arab Saudi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan