Sekurang-Kurangnya 10 Maut, Dua Letupan Di Stesen Kereta Api Rusia

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 8:46 PM

Keadaan mangsa yang berlumuran darah dalam insiden letupan bom di stesen metro di Rusia. Foto Mail Online

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SEKURANG-kurangnya 10 maut dalam insiden dua letupan bom di stesen kereta api bawah tanah di St Petersburg, Rusia pada Isnin.

Dilaporkan bom berkenaan diletupkan di dalam kereta api yang melalui stesen.

Dua letupan di lokasi berbeza termasuk di stesen Sennaya Ploshchad, mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang termasuk kanak-kanak cedera.

Letupan pertama dikatakan berlaku di Sennaya Ploshchad diikuti letupan kedua di stesen Sadovaya pada pukul 2.50 petang waktu tempatan.

Seorang wanita cuba membantu seorang mangsa yang cedera. Foto twitter/varlamov/mail online

Presiden Rusia, Vladimir Putin yang turut berada di St Petersburg pada Isnin sempena pertemuan dengan Presiden Belarus mengesahkan terdapat mangsa yang terbunuh dan cedera.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. 

Pemimpin itu berkata, pasukan penyiasat sedang meneliti mengenai kemungkinan serangan pengganas.

Keadaan kereta api bawah tanah yang rosak akibat dibom. Foto Mail Online

Seorang saksi memberitahu media Rusia, Life News: "Ramai orang berlumuran darah, rambut mereka terbakar. Kami diberitahu supaya bergerak ke pintu keluar kerana perjalanan kereta api dihentikan. Orang ramai melarikan diri."

Pengurus stesen kereta api bawah tanah berkata, terdapat laporan bahawa kemungkinan letupan dari peranti letupan yang diletakkan di dalam kereta api.

Pihak pentadbiran kereta api berkata, beberapa stesen di bandar di utara Rusia itu telah ditutup, dan pemindahan mangsa dan penumpang dilakukan. - Mail Online

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan