Mayat Jong-nam Dibakar, Musnah Bukti - Penganalisis

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Tuntutan Korea Utara ke atas mayat abang tiri pe­mimpin Korea Utara, Kim Jong-un bertujuan untuk memusnahkan bukti penglibatan rejim itu dalam pembunuhan kejam tersebut, kata penganalis.

Penyelidik Institut Strategi Keselamatan Kebangsaan di Seoul, Kim Kwang-jin berkata, Pyongyang akan segera melupuskan mayat tersebut dan cuba untuk menutup isu itu.

“Mereka akan membakar mayat itu.

“Pyongyang akan mengisytiharkan lelaki itu meninggal dunia atas sebab semula jadi dan menyalahkan kontroversi itu terhadap musuhnya,” katanya yang dipetik menerusi laporan AFP.

Dalam masa sama, penghapusan bukti juga bagi mengelakkan ia  menjadi tumpuan utama penentang rejim, kata penyelidik yang pernah bekerja di Korea Utara sebelum melarikan diri ke Korea Selatan.

“Adalah perkara biasa untuk mereka menuntut mayat itu kerana ia akan terus menarik perhatian sekiranya berada di tempat lain,” kata Kwang-jin.

Kim Jong-nam dibunuh dengan agen saraf VX pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dalam rancangan untuk menghalang penuntutan takhta bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il.

Pembunuhan itu mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara dan membawa kepada pengusiran Duta Besar kedua-dua negara dan halangan kepada rakyat mereka daripada meninggalkan negara.

Bagaimanapun, dalam rundingan kedua-dua negara, Pyongyang bersetuju untuk menarik balik larangan perjalanan dan Kuala Lumpur akan menghantar mayat Jong-nam ke Korea Utara. – AFP


Tags / Kata Kunci: Jong-nam , Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan