206 Penduduk Colombia Korban Banjir Lumpur

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

BOGOTA: Korban kejadian banjir lumpur yang melanda selatan Colombia meningkat kepada 206 orang, manakala ratusan yang lain cedera atau hilang selepas kediaman mereka musnah.

Pegawai Palang Merah, Cesar Uruena memberitahu AFP, bencana alam itu setakat ini turut mencederakan 202 orang dan 220 orang lain masih hilang. Katanya, cuaca buruk yang melanda barat daya bandar Mocoa pada malam Jumaat lalu, meranapkan 25 kediaman.

Hujan lebat menyebabkan air di beberapa sungai melimpah, memaksa bahan kekotoran mengalir masuk ke dalam bangunan dan jalan di wilayah sempadan Putumayo.

Susulan itu, Presiden Juan Manuel Santos yang tiba di Mocoa telah mengisytiharkan darurat di kawasan dilanda bencana itu.

Sementara itu, Ketua Unit Tindak Balas Bencana, Carlos Ivan Marquez berkata, usaha dilakukan untuk mencari mangsa dalam kejadian itu.

"Kami menghantar sepasukan terdiri 150 orang untuk memberi tindak balas berkesan dan jentera memulakan kerja dengan segera," kata menerusi satu kenyataan.

Selain itu, Datuk Bandar Mocoa, Jose Antonio Castro berkata, lokasi kejadian sangat luas dan tanah runtuh itu memusnahkan sebahagian besar rumah di situ. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Colombia , Juan Manuel Santos

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan