20,000 Dijangka Sertai Protes Pecat Ahok Esok

Diterbitkan: Khamis, 30 Mac 2017 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Islam Indonesia dijangka menyertai perarakan ke Istana Presiden di sini pada Jumaat bagi mendesak pemecatan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama kerana menghina agama Islam.

Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok adalah Gabenor Jakarta pertama beragama Kristian dan berketurunan Cina dalam tempoh 50 tahun.

Setakat ini, ketegangan agama dan politik di Indonesia makin memuncak menjelang pusingan kedua dan terakhir pilihan raya Gabenor Jakarta pada 19 April ini.

Penyandang jawatan itu, Ahok yang kini dihadapkan ke mahkamah kerana menghina kitab suci al-Quran akan menentang calon beragama Islam iaitu bekas Menteri Pelajaran, Anies Baswedan.

Protes yang dirangka akan menjadi demonstrasi terbesar selepas perhimpunan beramai-ramai di bandaraya ini dalam beberapa hari sebelum pusingan pertama pilihan raya berkenaan pada 15 Februari lalu.

“Kira-kira 20,000 orang daripada pelbagai kumpulan termasuk pelajar akan menyertainya.

“Mereka akan berhimpun di Masjid Istiqlal dan berarak ke Istana Presiden,” kata jurucakap polis nasional, Rafli Amar.

Demonstrasi tercetus tahun lalu apabila Ahok mengkritik lawannya kerana menggunakan al-Quran semasa berkempen.

Ahok pernah memohon maaf berhubung kenyataannya tetapi menafikan melakukan sebarang kesalahan.

Sementara itu, anggota kumpulan Barisan Pembela Islam, Novel Bakmukmin berkata, pihak pemerintah sewajarnya memenjarakan Ahok dan melucut jawatannya.

“Ini bukan lagi berkaitan isu pilihan raya Jakarta. Kami mahu mereka yang menghina agama Islam dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Ahok masih popular dalam kalangan warga kota kerana usaha beliau mengurangkan kerenah birokrasi di samping giat menangani masalah kesesakan trafik dan banjir di Jakarta.

Ahok menang 43 peratus undi dalam pusingan pertama Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) pada Februari lalu, manakala Anies mendapat 40 peratus undi.

Calon yang mendapat majo­riti mudah akan memenangi pu­singan kedua Pilkada untuk daerah Jakarta yang akan diadakan pada 19 April depan. – Reuters


Tags / Kata Kunci: Ahok , Gabenor Jakarta

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan