'Jurassic Park' Australia Temui Tapak Dinosaur 140 Juta Tahun

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Sekumpulan saintis menemui tapak kaki dinosaur terbesar di dunia berukuran 1.7 meter di kawasan terpencil di pantai barat laut Australia.

Tapak kaki dinosaur 'sauropod' itu adalah antara 21 jenis jejak yang ditemui di Semenanjung Dampier kira-kira 130 kilometer dari pantai peranginan Broome.

Dinosaur sauropod adalah reptilia berkaki empat dan makan tumbuh-tumbuhan.

"Ia ternyata lebih besar daripada apa yang pernah dicatatkan di lain-lain lokasi di dunia," kata Ketua Pengarang kajian bersama Universiti Queensland dan James Cook, Steve Salisbury.

Kata Salisbury, tapak kaki itu bagaikan Jurassic Park Australia ditemui selepas menghabiskan masa lebih 400 jam menyiasat dan menjejak dinosaur di situ.

Pada 2015, tapak kaki sauropod berukuran 1.2 meter dikesan di Jerman.

Menurut Salisbury, batu yang mengandungi jejak dinosaur sauropod di Dampier itu bertarikh antara 127 juta hingga 144 juta tahun lalu, lebih tua berbanding lain-lain fosil dinosaur yang ditemui di Australia. - Reuters

Tags / Kata Kunci: sauropod , dinasaur , Steve Salisbury , Australia

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan