Pyongyang Siap Sedia Lancar Peluru Berpandu Baharu

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Imej satelit yang dirakam pada minggu ini telah mendedahkan kemungkinan Korea Utara kini diperingkat akhir untuk melancarkan peluru berpandu baharu, kata penganalisis berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Imej yang diambil pada 25 Mac menunjukkan empat kenderaan atau trak peralatan berada di pintu masuk Tapak Ujian Nuklear Punggye-ri dan peralatan kabel komunikasi.

"Peralatan ini mungkin digunakan untuk ujian, mengumpul data dari letupan dan memproses data," lapor 38 North, iaitu sebuah projek di Institut Korea-AS di Universiti John Hopkins, dekat sini.

Penyelidik mendapati air dipam keluar dari tapak ujian dan disalurkan ke bawah bukit bagi memastikan terowong sentiasa kering untuk tujuan peralatan pemantauan atau komunikasi.

"Gabungan faktor ini jelas menunjukkan ujian persediaan sedang berjalan termasuk pemasangan peralatan," kata penyelidik. - AFP


Tags / Kata Kunci: Pyongyang , Universiti John Hopkins

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan