Penyerang London Simpan Gambar, Peta Jambatan Westminster Di 'War Room'

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 8:21 AM

Dua anggota polis bertugas membuat rondaan di Jambatan Westminster susulan serangan pada Rabu minggu lalu. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

PENGGANAS dalam serangan di London, Khalid Masood dikesan menyimpan pelbagai peta dan gambar Jambatan Westminster di bilik sewanya. 

Ibu pejabat Scotland Yard berkata, penyerang kelahiran Britain itu meniru teknik ISIS tetapi tiada bukti bahawa dia mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas tersebut.

Timbalan Penolong Pesuruhjayanya, Neil Basu mendedahkan bahawa lebih banyak siasatan dibuat berhubung serangan yang mengorbankan empat orang dan mencederakan lebih 50 yang lain dalam serangan Rabu minggu lalu.

Polis percaya Masood memandu pada kelajuan sehingga lebih 120 kilometer sejam semasa merempuh orang ramai di Jambatan Westminster, dengan serangan itu mengambil masa kira-kira 82 saat.

Masood dikatakan begitu taksub dengan lokasi serangannya pada Rabu lalu apabila menyimpan gambar-gambar dan peta-peta jambatan itu yang mengorbankan tiga orang.

Sumber memberitahu The Sun bahawa dokumen Parlimen dan kawasan sekitar ditemui di biliknya di Birmingham.

Mengenai bilik sewa yang terletak kira-kira empat kilometer dari kediaman Masood di West Midlands, sumber menyifatkannya sebagai 'war room' atau bilik gerakan bagi penyerang berkenaan. - Mail Online


Tags / Kata Kunci: Khalid Masood

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan