29 Banduan Lolos Gali Terowong Bawah Penjara

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Sekumpulan 29 banduan meloloskan diri di sebuah penjara Mexico pada Khamis lalu selepas menggali sebuah terowong sejauh 36 meter melepasi dinding penjara tersebut.

Kejadian itu berlaku di penjara di Ciudad Victoria dekat negeri Tamaulipas, utara Mexico selepas pihak berkuasa mendapati kebanyakan banduan yang melarikan diri merupakan anggota kumpulan dadah Zetas.

Jurucakap keselamatan negeri, Alberto Rodriguez berkata, terowong terbabit mempunyai kedalaman lima meter dan lubang awal digali di dalam sebuah pondok di dalam kawasan penjara tersebut.

Ujarnya, seramai 13 banduan berjaya dicekup semula manakala 16 lagi masih diburu.

"Pihak pejara telah memusnahkan pondok yang dibina secara haram itu selain menutup semula lubang berkenaan menggunakan simen konkrit," katanya menurut laporan portal Mail Online.

Ekoran tindakan pihak berkuasa menutup lubang itu, satu rusuhan tercetus dalam kalangan banduan pada hari berikutnya.

Tiga banduan ditikam mati manakala seorang lagi banduan dilaporkan cedera parah.

Tags / Kata Kunci: Banduan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan