Budak Lelaki Maut Terjatuh Dari Van Sekolah

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 7:36 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Siasatan akan dijalankan ke atas semua perkhidmatan pengangkutan tadika di sebuah bandar di utara China selepas seorang budak lelaki maut akibat terjatuh dari sebuah van, menurut laporan akhbar.

Budak lelaki berusia empat tahun itu meninggal dunia selepas terjatuh dari van berkenaan di Ma Liu, daerah Taiqian yang terletak di wilayah Henan, lapor Dahe Daily.

Van yang dijadikan bas mini itu telah diubahsuai secara haram bagi membolehkan 23 buah bangku diletakkan di bahagian belakang untuk diduduki kanak-kanak, menurut artikel itu.

Kemalangan berlaku pada Rabu lalu selepas kanak-kanak berkenaan pulang dari sekolah tadikanya dan dia terjatuh ketika van itu berada hanya beberapa meter dari rumahnya.

Ibunya dilaporkan melihat sesuatu tergolek di jalan raya, tetapi tidak menyedari bahawa apa yang dilihatnya itu adalah anaknya yang jatuh.

Keluarga mangsa telah menerima 350,000 yuan (RM225,093) pampasan daripada tadika tersebut.

Seorang pegawai yang bertanggungjawab di tadika berkenaan dipetik sebagai berkata bahawa van itu bukan kenderaan rasmi sekolah dan budak lelaki itu adalah satu-satunya penumpang pada masa kemalangan.

Seorang guru tadika berkata budak lelaki itu sedang duduk di tempat duduk depan, tetapi telah membuka pintu ketika van itu masih bergerak kerana teruja melihat ibunya.

Pemandu van memberitahu polis bahawa terdapat tiga kanak-kanak berada di dalam van dan dia tidak pasti mengapa kanak-kanak itu terjatuh, kata laporan itu.

Semua kelas di keseluruhan 12 buah tadika di bandar itu telah digantung sementara bagi membolehkan polis memeriksa pengangkutan mereka. - South China Morning Post

Tags / Kata Kunci: bas mini , van sekolah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan