Hosni Mubarak Bebas Dari Tahanan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 10:26 PM

Gambar fail Hosni Mubarak melambaikan tangan kepada orang ramai dari biliknya di hospital tentera Maadi di Kaherah. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan pada 2011 meninggalkan hospital tentera pada Jumaat selepas dibebaskan daripada enam tahun dalam tahanan.

Ia merupakan pembebasan bekas pemimpin yang memerintah negara itu selama 30 tahun.

Mubarak telah dibebaskan oleh mahkamah pada awal bulan ini daripada tu­duhan membunuh ratusan penunjuk perasaan pada 2011.

"Ya," kata peguamnya, Farid al-Deeb kepada AFP ketika ditanya sama ada Mubarak telah meninggalkan hospital pada Jumaat.

Tambah peguamnya, Mubarak telah pulang ke kediamannya, iaitu sebuah vila di daerah Heliopolis di Kaherah.

Mubarak dituduh menyebabkan kematian penunjuk perasaan ketika pemberontakan selama 18 hari yang menyaksikan hampir 850 orang terbunuh selepas pertempuran dengan polis.

Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2012, tetapi mahkamah rayuan mengarahkan perbicaraan semula sebelum membatalkan dakwaan itu dua tahun kemudian.

Mah­ka­mah Ra­yuan Mesir membebaskan Mubarak daripada tu­duhan itu pada 2 Mac lalu.

Pada Januari 2016, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Mubarak dan dua anak lelakinya atas tuduhan rasuah.

Bagaimanapun hukuman itu telah mengambil kira tempoh hukuman yang telah dijalaninya. Kedua-dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal telah dibebaskan.

Pada Khamis, mahkamah mengarahkan siasatan baharu berhubung kes rasuah terhadap Mubarak yang didakwa menerima hadiah daripada akhbar milik pemerintah, Al-Ahram.

Beliau juga dilarang ke luar negara. -AFP


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan