Anggota Polis Sempat Bergambar 45 Minit Sebelum Mati Ditikam Pengganas

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 3:58 PM

Staci Martin bergambar bersama dengan Keith Palmer di luar bangunan Parlimen di London sebelum maut dalam kejadian serangan pengganas. Foto Staci Martin

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA polis, Keith Palmer yang mati ditikam pengganas pada Rabu sempat bergambar dengan seorang pelancong, 45 minit sebelum kejadian berlaku.

Palmer yang merupakan anggota Skuad Perlindungan Diplomatik dan Parlimen terbunuh ketika cuba menghalang penyerang, Khalid Masood dalam insiden serangan di Westminster pada kira-kira pukul 2.30 petang Rabu (10.30 malam waktu Malaysia).

Masood yang bersenjatakan dua pisau mencederakan kira-kira 40 orang apabila merempuh pejalan kaki di Jambatan Westminster sebelum merempuh pagar di bangunan Parlimen.

Penyerang kemudiannya menceroboh masuk melalui pintu pagar sebelum menikam Palmer. Masood kemudiannya ditembak mati oleh pasukan bersenjata.

Seorang pelancong Amerika Syarikat (AS), Staci Martin sempat bertemu dengan Palmer hanya beberapa minit sebelum anggota polis itu dibunuh pengganas.

Bercakap kepada ABC News: "Ia merupakan kali pertama saya ke London dan saya ternampak topi yang dipakainya dan saya mahu bergambar bersama dia dengan topinya.

"Saya datang ke arah dia dan bertanya 'bolehkan saya ambil gambar?", dia kata 'tiada masalah', dia seorang yang baik." - Mail Online


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan