Ahli Politik Di India Mengaku 25 Kali Pukul Pramugara Guna Selipar

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 8:33 PM

Ravindra Gaikwad

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Seorang ahli politik India dengan beraninya mengaku bahawa beliau telah memukul seorang pramugara penerbangan Air India sebanyak 25 kali berturut-turut dengan selipar, gara-gara tempat duduk.

Ravindra Gaikwad, seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat India mendakwa petugas tersebut telah 'cari pasal' dengannya terlebih dahulu, dalam penerbangan dari Pune ke New Delhi.

"Apa yang dia kata, dia kata saya memukulnya dengan tangan? Saya telah memukulnya sebanyak 25 kali dengan selipar," Gaikwad memberitahu agensi berita ANI dalam rakaman video yang disiarkan di laman Twitter dan di saluran berita India.

Laporan media India berkata Gaikwad mendakwa beliau mempunyai tiket kelas perniagaan tetapi Air India telah meletakkannya di tempat duduk ekonomi ketika penerbangan pagi Khamis.

Selepas mengadu kepada seorang kru penerbangan, Gaikwad, yang mewakili kawasan pilihan raya di negeri barat Maharashtra, kemudian telah bertengkar dengan pramugara kanan berkenaan.

"Dia kata 'saya akan mengadu kepada Modi' (Perdana Menteri India Narendra Modi), jadi saya memukulnya," kata Gaikwad.

"Perlukah saya mendengar penganiayaan ini?," beliau menambah.

Ahli-ahli politik daripada parti politik lain terus mengutuk tindakan Gaikwad, manakala jurucakap Air India memberitahu AFP bahawa syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu.

Tahun lepas seorang ahli Parlimen India telah ditangkap kerana didakwa melempang seorang pegawai syarikat penerbangan di lapangan terbang di Andhra Pradesh, selepas beliau dan keluarganya dihalang menaiki pesawat kerana pintu telah ditutup.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan