Korea Utara Siar Video Musnahkan Aset Tentera AS

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 10:13 AM

ANTARA sedutan video propaganda Korea Utara.

(Ubah saiz teks)

PYONGYANG: Korea Utara menyiarkan video propaganda terbaharu yang mempamerkan kekuatan tentera negara itu memusnahkan sebuah kapal pengangkut pesawat milik tentera Amerika Syarikat (AS).

Video yang mula disiarkan sejak Sabtu lalu oleh media tempatan menunjukkan kegembiraan tentera Korea Utara ketika menghancurkan pesawat pengebom dan jet tempur AS.

Turut kedengaran suara wanita yang mendakwa bahawa video berdurasi hampir lima minit itu sebagai satu amaran kepada AS jika negara Barat tersebut melakukan serangan ke atas negara komunis terbabit.

"Sebilah pisau (peluru berpandu) akan menghancurkan kapal pengangkut pesawat, manakala pesawat pengebom akan gugur dari udara akibat ditembak," kata wanita itu.

Video berkenaan turut memuatkan babak latihan ketenteraan bersama yang dijalani oleh AS dan Korea, yang selama ini membangkitkan kemarahan Pyongyang.

Rakaman itu disiarkan menerusi laman web YouTube menggunakan akaun bernama Uriminzokkiri yang sebelum ini memuat naik beberapa video propaganda yang menunjukkan Korea Utara mengebom AS.

Video berkenaan disiarkan ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengancam untuk menghancurkan AS menggunakan senjata nuklear jika musuhnya itu menyerang walaupun hanya menggunakan sebutir peluru ke atas negaranya. 

Pyongyang juga mendakwa, mereka akan menggunakan roket Hwasong yang dipasang dengan peledak nuklear bagi mempertahankan wilayahnya ketika ketegangan dengan Korea Selatan semakin memuncak.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan