Korea Utara Gagal Lancar Peluru Berpandu

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 1:41 PM

GAMBAR fail bertarikh 6 Mac 2017 menunjukkan seorang wanita berjalan melintasi sebuah televisyen yang menyiarkan laporan tentang ujian peluru berpandu Korea Utara di Seoul. - AP

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesan percubaan Korea Utara untuk melancarkan sebuah peluru berpandu pada awal pagi Rabu selepas senjata itu dikatakan meletup sebaik-baik sahaja dilepaskan.

Jurucakap Pusat Perintah AS di Pasifik, Komander Dave Benham berkata, ujian pelancaran peluru berpandu itu tidak berjalan lancar dan pihaknya masih cuba mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung perkembangan tersebut.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap berkata, misil itu mungkin meletup selepas dilancarkan dan tidak mencapai ketinggi yang boleh dikesan oleh radar Korea Selatan.

Terdahulu, agensi berita Jepun, Kyodo melaporkan, Pyongyang mungkin melancarkan beberapa peluru berpandu ke kawasan timur perairan Jepun.

Jelas laporan itu, jenis peluru berpandu yang digunakan belum dapat dipastikan tetapi ujian berkenaan jelas gagal dilaksanakn oleh Korea Utara.

Perkembangan terbaharu itu berlaku ketika wakil AS untuk program nuklear Korea Utara, Joseph Yun bertemu dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan di Seoul untuk membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menangani isu program nuklear Pyongyang.

Sejak tahun lalu, Korea Utara telah menjalankan dua ujian nuklear dan beberapa siri ujian peluru berpandu, sekali gus mengingkari resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyekat negara komunis itu untuk berbuat demikian.

Tindakan Pyongyang itu dipercayai melibatkan pembangunan senjata nuklear yang mampu mencapai jarak sehingga ke AS.

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh Pyongyang setakat ini berhubung kegagalan ujian peluru berpandu tersebut. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Peluru Berpandu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan