Gempa 5.5 Skala Richter Landa Bali

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Satu gempa sederhana berukuran 5.5 skala Richter menggegarkan kawasan pelancongan terkemuka Bali, Indonesia pada awal pagi Rabu.

Menurut laporan Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pukul 7.10 pagi di timur laut Banjar Pasekan pada kedalaman 118.4 kilometer.

Tiada ancaman tsunami susulan gempa tersebut dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Agensi Geofizik, Klimatologi dan Meteorologi Indonesia dalam kenyataannya berkata, gempa itu berukuran 6.4 skala Richter dan pusat gegaran terletak kira-kira 23 kilometer dari Denpasar.

Kebanyakan pelancong menerusi laman sosial Twitter, menyatakan mereka merasai gegaran kecil sebelum disusuli gegaran yang lebih kuat dalam tempoh kira-kira 20 saat.

Sebahagian pagar Kuil Kehan di Bangli runtuh akibat gegaran itu tetapi tiada kerosakan besar dilaporkan.

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Bali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan