Denda Minimum RM549 Jika Tidur Di Jalanan

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 4:05 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

LONDON: Golongan gelandangan atau individu yang didapati tidur di jalanan di beberapa lokasi di England berdepan denda sekurang-kurangnya 100 pound (RM549) susulan penguatkuasaan undang-undang baharu oleh pihak berkuasa tempatan di berbapa bandar utama.

Undang-undang Perlindungan Lokasi Tempat Awam yang diperkenalkan pada 2014, memberi kuasa kepada majlis perbandaran untuk menyaman individu yang berkelakuan tidak normal yang dianggap sebagai satu jenayah.

Selain itu, polis juga mempunyai kuasa yang sama untuk menghentikan sebarang aktiviti yang dianggap sebagai antisosial termasuk meminta sedekah atau tidur di jalanan.

Mereka yang didapati melanggar undang-undang itu boleh dikenakan denda sehingga 1,000 pound (RM5,490).

Antara kawasan yang mula melaksanakan peraturan tersebut termasuk di timur London iaitu Hackney Downs, London Fields, Broadway Market, Mare Street dan Regents Canal.

Bagaimanapun arahan itu mengundang kritikan daripada pertubuhan hak asasi manusia yang menyifatkan langkah tersebut sebagai menindas golongan kurang berkemampuan.

Pertubuhan kebajikan tempatan juga menyuarakan kritikan sama selepas statistik menunjukkan peningkatan jumlah individu yang yang tidur di jalanan sebanyak 51 peratus di seluruh England.

Ketua eksekutif pertubuhan kebajikan gelandangan Homeless Link, Rick Henderson berkata, undang-undang itu tidak adil buat mereka yang tidak mempunyai pilihan selain tidur di jalanan kerana tidak mempunyai harta.

"Golongan yang tidur di jalanan perlu dibantu, bukan dilarang atau didenda.

"Berbanding langkah yang tidak wajar ini, kita perlu tindakan yang lebih strategik bagi menangani isu gelandangan.

"Kami mendesak kerajaan agar bekerjasama dengan sektor berkaitan bagi mencari penyelesaian untuk menamatkan isu ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gelandangan , Larangan , Denda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan