Penggodam Ugut Padam Akaun 300 Juta Pengguna iPhone, iPad - Berita Dunia | mStar

Penggodam Ugut Padam Akaun 300 Juta Pengguna iPhone, iPad

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

KIRA-KIRA 300 pengguna gajet Apple termasuk iPhone dan iPad mungkin terjejas dalam tempoh dua minggu lagi selepas sekumpulan penggodam misteri mengugut untuk memadamkan kesemua akaun iCloud milik pengguna sekiranya firma teknologi itu tidak membayar sejumlah wang tuntutan sebelum 7 April depan.

Kumpulan penggodam itu yang menggelar diri mereka sebagai 'Turkish Crime Family' meminta wang sebanyak AS$75,000 (RM331,772) daripada syarikat Apple Inc yang beroperasi di California, Amerika Syarikat.

"Saya hanya wang dan hal ini pasti menarik kerana ramai pengguna produk Apple akan mengambil perhatian tentang perkara ini," kata kumpulan itu seperti dilaporkan portal Motherboard.

Kumpulan tersebut mendakwa, mereka memiliki keupayaan untuk mengakses beratus-ratus juta akaun pengguna gajet Apple dan sedia memadamkan kesemua akaun itu jika tuntutan meraka tidak dipenuhi.

Pasukan keselamatan siber Apple dilapor telah berunding dengan kumpulan itu sejak minggu lalu menerusi emel tetapi hasil perbincangan kedua-dua pihak tersebut tidak didedahkan.

Dalam satu emel, pihak Apple meminta kumpulan penggodam terbabit menunjukkan senarai pengguna akaun sebagai bukti manakala emel yang dihantar oleh kumpulan terbabit, mendakwa mereka memiliki 300 akaun pengguna produk Apple.

Kumpulan Turkish Crime Family turut memuat naik video dalam laman web YouTube yang menunjukkan mereka menggodam akaun iCloud milik seorang wanita sebelum memadamkan akauan tersebut.

Susulan itu, pihak Apple meminta kumpulan penggodam agar memadamkan video berkenaan dipercayai supaya tidak mencetuskan rasa panik dalam kalangan pengguna.

Tags / Kata Kunci: Apple , Penggodam , iPhone , iPad
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan