FBI Siasat Kempen Pilihan Raya Trump-Rusia

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan dua perkara penting yang sekali gus memberi tamparan hebat kepada Donald Trump.

Ketuanya, James Comey, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan melibatkan hubungan kempen pilihan raya Trump dan Russia.

Pada masa saya, Comey juga menolak tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu bahawa beliau diintip Barack Obama.

Dalam sesi pendengaran Kongres AS yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Isnin, Comey mengesahkan FBI kini menyiasat sama ada pembantu kempen Trump bersubahat dengan Russia untuk mempengaruhi pilihan raya 2016.

Kenyataan Comey menjejaskan usaha Rumah Putih mengelak kontroversi tuduhan intipan oleh pentadbiran Trump dengan Presiden sekali lagi menyifatkan tuduhan hubungan pasukannya dengan Russia sebagai 'berita palsu' ketika sesi pendengaran Kongres berlangsung.

Ketua FBI itu enggan menjawab beberapa soalan Jawatankuasa Risikan Dewan mengenai apa dan siapa disiasat kerana perlu melindungi siasatan antirisikan yang sensitif.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan siasatan membabitkan bentuk hubungan antara pasukan kempen Trump dan kerajaan Russia serta sama ada wujud penyelarasan antara pasukan kempen terbabit dan usaha Russia.

Comey turut menafikan dakwaan Trump menerusi Twitter, awal bulan ini bahawa bekas Presiden Obama mengarahkan intipan di kediaman dan pejabat hartawan Manhattan itu.

Ia dilihat sebagai satu lagi tamparan terhadap Presiden. "Jabatan ini tiada maklumat yang menyokong entri Twitter terbabit," katanya dalam sesi pendengaran itu. - AFP

Tags / Kata Kunci: James Comey , Trump , Rusia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan