Polis Thailand Dedah Cubaan Bunuh Prayuth

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 11:16 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Rampasan sejumlah besar senjata dan peluru membongkar komplot yang dirancang kumpulan anti kerajaan untuk membunuh Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dan pemimpin junta lain.

Ketua Polis Thailand, Chakthip Chaijinda berkata, senjata itu ditemui di sebuah rumah milik pemimpin pergerakan Baju Merah, Wuthipong Kochathamakun yang melarikan diri sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.

“Kami turut menemui selaras raifal dilengkapi teropong. Kami yakin senjata ini bukan untuk menembak burung. Sebaliknya, ia akan digunakan untuk membunuh pemimpin negara kita,” katanya kepada pemberita merujuk kepada Pra­yuth.

Katanya, senjata itu untuk digunakan di sebuah kompleks kuil di pinggir Bangkok yang dikepung selama tiga minggu pada awal bulan ini ketika polis memburu seorang sami Buddha yang dikehendaki kerana jenayah pengubahan wang haram.

Kepungan ke atas kuil itu dibatalkan selepas sami tersebut gagal ditemui.

Menurutnya lagi, simpanan senjata itu membuktikan terdapat kumpulan yang cuba mencetuskan ketidakstabilan sebagai alasan untuk melakukan rampasan kuasa.

Sementara itu, jurucakap polis, Krisana Pattanacharoen berkata, selain memperoleh rampasan, operasi minggu lalu itu turut menahan sembilan suspek.

"Kami mempunyai bukti kukuh berhubung ranca­ngan menggunakan senjata untuk mencetuskan keganasan dan menyerang pemimpin junta (Prayuth),” katanya kepada pemberita tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Beliau berkata, suspek telah ditahan di pelbagai lokasi susulan rampasan senjata itu dan siasatan masih diteruskan bagi mengesahkan sama ada terdapat individu lain yang terlibat dengan rancangan itu.

Antara senjata yang dirampas polis Thailand termasuk pelancar grenad M79, 11 bom tangan, 13 raifal, hampir 6,000 butir ­peluru dan satu liter bahan letupan TNT di samping 400 pil methamphetamine.- Reuters



Tags / Kata Kunci: Prayuth , Thailand , Chaijinda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan