Presiden Uber 'Angkat Kaki'

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Tempoh khidmatnya kurang tujuh bulan, namun Jeff Jones, presiden syarikat Perkhidmatan Pengangkutan Uber Technologies Incoporated (Uber) telah bertindak meletak jawatan.

Keputusan pakar pemasaran yang dilantik untuk membantu meningkatkan reputasi syarikat itu menyebabkan Uber kini berdepan masalah besar.

Jurucakap Uber berkata, Jones meletak jawatan kurang tujuh bulan selepas menyertai syarikat yang berpangkalan di sini.

Bagaimanapun, punca peletakan jawatan itu masih tidak diketahui, tetapi peranan Jones menjadi tanda tanya selepas Uber mengiklankan jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) awal bulan ini.

Jawatan COO itu untuk membantu mengurus syarikat bersama Ketua Eksekutif, Travis Kalanick.

Jones sudah melaksanakan beberapa tanggungjawab COO. Beliau pernah bersama syarikat Target sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan mendapat pengiktirafan kerana memodenkan jenama terbabit sebelum menyertai Uber.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jeff selama enam bulan beliau berkhidmat dengan syarikat ini dan mengharapkan yang terbaik untuknya," kata seorang jurucakap Uber dalam satu kenyataan.

Bulan lalu, jurutera eksekutif syarikat itu, Amit Singhal, dinasihatkan supaya meletak jawatan susulan tuduhan gangguan seksual ketika bertugas di Alphabet Incoporated Google.

Sementara itu, awal bulan ini, Naib Presiden Produk dan Peluasan Uber, Ed Baker dan Penyelidik Keselamatan Uber, turut meletak jawatan - Reuters

Tags / Kata Kunci: Jeff Jones , Uber

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan