Peluang Bercuti Tinjau Bangkai Kapal Titanic Di Dasar Laut

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 3:51 PM

Orang ramai selepas ini boleh melihat bangkai kapal Titanic di dasar Laut Atlantik. Foto OceanGate / Mirror

(Ubah saiz teks)

ANDA gemar bercuti melakukan aktiviti menyelam ke laut dalam? Selepas ini, bakal ada percutian untuk merasai pengalaman itu tetapi dengan kos yang tinggi.

Portal Mirror melaporkan mulai tahun depan, pelancong berpeluang untuk ke dasar Lautan Atlantik sedalam 13,000 kaki (3,962 meter) untuk melihat bangkai kapal Titanic.

Kapal yang digambarkan sebagai "tidak mungkin akan tenggelam" itu karam dalam perlayaran sulungnya selepas melanggar bongkah ais pada 15 April 1912.

Kapal Titanic sebelum karam pada 15 April 1912.

Tragedi itu mengorbankan lebih 1,500 penumpang.

Lawatan laut dalam yang dikendalikan oleh Blue Marble Private, membolehkan anda menyaksikan sendiri ruang dalam kapal yang bersejarah itu.

Bagaimanapun, kos yang diperlukan untuk merasai 'percutian' ini adalah £85,000 (RM467,674). - Mirror.co.uk

Tags / Kata Kunci: Titanic

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan