Korea Utara Jalankan Ujian Enjin Roket

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 10:28 AM

(Ubah saiz teks)

PYONGYANG: Korea Utara dilapor menguji enjin roket baharu yang lebih berkuasa pada Sabtu dan pemimpinnya, Kim Jong-un menyifatkan kejayaan ujian tersebut sebagai 'kelahiran baharu' industri roket negara itu.

Menurut laporan agensi berita tempatan, KCNA, Jong-un memantau sendiri ujian roket berkenaan yang mungkin digunakan untuk melancarkan satelit di orbit.

"Pembangunan enjin baharu akan membantu mengukuhkan asas teknologi dan kajian saintifik, sekali gus menyamai keupayaan penghantaran satelit ke angkasa seperti dilakukan negara lain.

"Jong-un menyifatkan kejayaan itu merupakan detik penting dan mengisytiharkan kelahiran baharu industri roket jenis Juche," jelas laporan berkenaan.

Ujian roket itu dilaksanakan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson mengadakan lawatan ke Beijing pada Sabtu ketika wakil Barat tersebut menyatakan ketegangan di rantau Asia mencapai tahap berbahaya.

Malah penganalisis turut mendakwa Pyongyang melaksanakan program nuklear dengan berselindung di sebalik program angkasa memandangkan enjin roket berkenaan boleh digunakan untuk melancarkan peluru berpandu.

Kali terakhir Korea Utara menguji enjin roket berkuasa tinggi pada September tahun lalu. - AFP

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Kim Jong-un , Roket

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan