G20 Gagal Capai Kata Sepakat Luluskan Perdagangan Bebas

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 11:39 AM

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Menteri-menteri luar dari 20 negara kuasa dunia (G20) gagal mencapai persetujuan untuk meluluskan dasar perdagangan bebas dan menggugurkan komitmen anti-perlindungan selepas mendapat tentangan hebat daripada Amerika Syarikat (AS).

Menteri telibat dan ketua bank pusat dari negara G20 mengakhiri perbincangan di pekan Baden Baden, Jerman pada Sabtu tanpa sebarang kejayaan besar tetapi hanya membangkitkan keperluan untuk mengukuhkan sumbangan perdagangan terhadap ekonomi.

"Keputusan ini bukan yang terbaik daripada pertemuan tersebut," kata seorang wakil G20 yang memetik kenyataan ketua bank pusat Jerman, Jens Weidmann.

Jerman memiliki perdagangan bernilai AS$65 bilion (RM288 bilion) dengan AS.

Keputusan pertemuan itu juga memecah tradisi blok tersebut dengan menolak dasar perlindungan dan meluluskan perdagangan bebas, merupakan kemenangan buat Presiden AS, Donald Trump dan agenda antiglobalisasi yang diusahakan beliau.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin sebelum ini berkata, pentadbiran Trump tidak berminat untuk terlibat dalam 'perang' perdagangan tetapi mahu hubungan perdagangan dikaji semula supaya lebih adil kepada AS.

Dalam pada itu, ketua-ketua bank pusat G20 mengulangi komitmen mereka untuk mengekang persaingan nilai mata wang, perjanjian utama yang dibangkitkan AS berulang kali selepas beberapa rakan dagangnya menggunakan nilai mata wang untuk mengambil kesempatan dalam urusan perniagaan.

Tags / Kata Kunci: G20 , Donald Trump

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan