Mata Dicungkil Ibu Akibat Kencing Malam

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 11:58 AM

(Ubah saiz teks)

HARARE: Hanya kerana kencing malam, seorang kanak-kanak berusia empat tahun dicungkil matanya oleh ibu sendiri dalam kejadian yang berlaku di wilayah Masvingo di tengah Zimbabwe.

Menurut laporan Mail Online, wanita yang tidak didedahkan namanya mengaku melakukan jenayah itu dan hanya ketawa apabila polis tiba.

“Dia bukan anak saya,” katanya ketika ditanya polis mengenai motif kekejaman tersebut.

Gambar yang dirakam selepas kejadian itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan duduk dengan kesan darah pada bajunya sementara bebola matanya hancur.

Tidak dapat dipastikan sama ada bapa mangsa berada di lokasi ketika kejadian tersebut berlaku.

Polis tidak mendedahkan butir lanjut mengenai tuduhan yang akan dihadapi wanita berkenaan dan tidak dapat dipastikan sama ada dia ditangkap.

Media tempatan melaporkan kes itu masih disiasat.

Kencing malam ketika tidur adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak sehingga usia empat tahun, menurut pakar perubatan.

Tags / Kata Kunci: Mata Cungkil , Kencing Malam

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan