Dua Pesawat Ringan Bertembung, Juruterbang Maut

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

MONTREAL: Dua pesawat ringan bertembung di atas ruang udara sebuah pusat beli-belah, mengorbankan seorang juruterbang, manakala seorang lagi cedera parah.

Dalam kejadian itu, salah satu pesawat terhempas di atas bumbung pusat beli-belah Promenades Saint-Bruno, kira-kira 20 kilometer di timur Montreal, manakala satu lagi jatuh di tempat parkir.

Kedudukan pesawat yang jatuh di tempat letak kereta pusat beli-belah itu hanya 20 meter dari salah sebuah pintu masuk premis itu.

Jurucakap polis, Nancy Colagiacomo berkata, salah seorang juruterbang terbunuh dan seorang lagi cedera parah.

Pihak berkuasa keselamatan pengangkutan Kanada berkata, dua pesawat Cessna 152 itu milik sekolah penerbangan Cargair yang terletak berhampiran dan siasatan insiden itu sudah dilakukan.

Setakat ini, punca kemalangan yang berlaku ketika cuaca baik di ruang udara salah sebuah pusat beli-belah terbesar di kawasan itu masih tidak diketahui. - AFP




Tags / Kata Kunci: Montreal , Promenades Saint-Bruno

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan