Etna Meletus, 10 Cedera Termasuk Saintis

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

ROME: Gunung berapi Etna di Sicily yang secara tiba-tiba meletus dan memuntahkan lava telah mengakibatkan kira-kira 10 orang termasuk saintis, pelancong dan kru saluran berita stesen TV cedera.

Daripada jumlah itu, empat termasuk tiga pelancong warga Jerman dirawat di hospital akibat kecederaan pada kepala, demikian lapor agensi berita Ansa.

Menurut ahli vulkanologi Institut Gunung Berapi dan Geofizik Kebangsaan, Marco Neri, insiden itu berpunca daripada letusan freatik yang bergerak pantas di atas salji, sekali gus menghasilkan tekanan kuat.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan, ketika insiden itu berlaku, seramai 35 pelancong berada di sekitar kawasan gunung berapi terbabit.

Difahamkan, Etna telah meletus sejak beberapa hari lalu dan membebaskan debu tebal, namun letusan tersebut tidak menjejaskan operasi lapangan terbang di Catania dan aktiviti penduduk setempat. - AP



Tags / Kata Kunci: Etna , Sicily

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan