Patung Harimau 'Senyum' Dikritik Netizen

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

BANDUNG: Binaan patung harimau di sebuah kem komando di Cisewu di sini yang tidak menampakkan sifat haiwan itu yang garang hingga menjadi bahan jenaka di media sosial telah menyebabkan ia terpaksa diturunkan.

Pihak tentara Indonesia memutuskan untuk menurunkan patung harimau yang telah enam tahun diletakkan di atas papan tanda kem itu selepas ia menjadi bahan lawak di media sosial.

Ramai netizen menganggap harimau itu kelihatan seolah-olah tersenyum lebar, sekali gus tidak melambangkan keberanian dan ketangkasan.

Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga ada menggelarnya ‘harimau paling bahagia di dunia.’

“Kepala saya sakit kerana menahan ketawa apabila melihat beberapa gambar jenaka harimau itu,” kata seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Galcit.

Sementara itu, jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto berkata, pihaknya bertindak selepas patung itu dikritik hebat di media sosial.

“Apabila seseorang mengkritik patung itu kerana kelihatan lucu kami tidak boleh tidak mengendahkannya,” katanya. 

Menurutnya, pihaknya juga memutuskan untuk membina maskot harimau yang baharu dan garang bagi menggantikan patung lama itu.

Bagaimanapun, tindakan pihak tentera menurunkan patung harimau itu juga telah menyebabkan pengguna sosial mengganggap pasukan keselamatan itu terlalu sensitif kerana tidak dapat menerima gurauan di Internet.-AFP

Tags / Kata Kunci: Cisewu , harimau

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan