Nike Dikecam Kerana Produk Hijab

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 2:01 PM

Ihsan Independent.co.uk

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT jenama sukan terkemuka dunia, Nike, Inc baru-baru ini dikecam hebat oleh segelintir pihak susulan tindakan firma itu memperkenalkan produk hijab untuk wanita Islam bagi memudahkan mereka bersenam.

Direka dan diuji oleh peluncur papan profesional, Zahra Lari dan jaguh angkat berat, Amna Al Haddad, Nike Pro Hijab merupakan produk sukan yang dicipta bagi menghapuskan halangan yang menyekat wanita Islam untuk terus kekal cergas.

Walaupun belum dipasarkan sehingga 2018, produk terbaharu Nike itu sudah menerima pelbagai reaksi.

Ramai pihak terutamanya golongan berhaluan kanak mengkritik syarikat tersebut dengan mendakwa hijab merupakan simbol penindasan terhadap wanita.

Malah ada pihak mahu memboikot Nike kerana memperkenalkan produk itu.

Namun Amna membalas kritikan itu menerusi kenyataan dalam laman perkongsian gambar dan video, Instagram.

"Dengan Nike Pro Hijab, saya sedar ramai pihak menyatakan pandangan masing-masing terhadap keputusan Nike mengeluarkan produk tersebut.

"Daripada perspektif saya sebagai atlet yang berhijab, pada masa lepas syarikat terkemuka tidak melihat keperluan atau pasaran hijab kerana ia tidak popular dan tidak pernah melihat wanita berlatih, bersenam dengan berhijab.

"Namun sejak kebelakangan ini, lebih ramai wanita menyuarakan keperluan terhadap produk tersebut dan lebih banyak atlet profesional memperjuangkan hak untuk bertanding dengan berhijab dan hak sama rata di gelanggang.

"Tindakan kami ini tidak boleh diabaikan. Sebagai wanita Islam, kami amat lantang memperkatakan hal ini kepada media sejak 2011," katanya.

Walaupun mendapat kritikan, tetapi masih ramai pihak mempertahankan Nike memperkenalkan produk hijab.

"Setiap wanita memiliki hak untuk memilih pakaian mereka dan sukar untuk mencari hijab yang sesuai dengan pakaian bersukan.

"Langkah Nike ini amat tepat bagi membolehkan semua wanita terlibat dalam sukan," kata seorang komentar menerusi Instagram.


Tags / Kata Kunci: Nike , Hijab

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan