Wanita Melecur, Fonkepala Meletup Dalam Pesawat

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Seorang wanita yang sedang tidur dalam pesawat terkejut apabila tiba-tiba fonkepalanya meletup hingga mengakibatkan sebahagian mukanya melecur.

Ketika kejadian, penumpang dalam penerbangan dari Beijing ke Melbourne itu sedang mendengar muzik menggunakan fonkepala sambil melelapkan matanya.

Dia dikatakan terlena kira-kira dua jam apabila bateri fonkepala itu dipercayai meletup.

“Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dan saya terasa muka saya terbakar.

“Saya terus rentap fonkepala itu dan mencampakkannya ke lantai menyebabkan berlaku kebakaran kecil. Kakitangan pesawat bergegas membantu dan memadamkannya,” katanya kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang menyiasat kejadian itu.

Gambar menunjukkan wanita berkenaan yang namanya tidak didedahkan dengan muka dan lehernya hitam kesan terbakar.

Biro keselamatan pengangkutan tidak menyebut pesawat yang terbabit tetapi berkata, bateri lithium-ion yang digunakan fonkepala itu mungkin terbakar.

“Memandangkan semakin banyak produk menggunakan bateri, potensi ancaman dalam pesawat juga meningkat.

“Peranti seperti itu perlu disimpan dengan baik jika tidak digunakan,” kata biro berkenaan dalam satu kenyataan.

Jurucakapnya, Stuart Godley berkata, ini kali pertama mereka menerima laporan mengenai kebakaran fonkepala dalam pesawat.-AFP




Tags / Kata Kunci: Beijing , fon kepala

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan