Majikan Eropah Berhak Larang Pekerja Pakai Tudung

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 9:33 AM

Wanita berhijab terus mempertahankan hak untuk memakai tudung ketika bekerja di Eropah sebagai membantah keputusan ECJ.

(Ubah saiz teks)

LUXEMBOURG: Syarikat di seluruh Eropah diberi hak melarang pekerja  memakai simbol agama atau politik termasuk tudung di tempat kerja.

Keputusan bersejarah itu dibuat Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) pada Selasa.

ECJ berkata, larangan itu bukan diskriminasi sekiranya sesebuah syarikat sememangnya mempunyai peraturan melarang pemakaian simbol politik, falsafah atau agama.

Menurut mahkamah itu, undang-undang Kesatuan Eropah (EU) melarang diskriminasi berdasarkan agama tetapi tindakan G4S dibuat berdasarkan prinsip untuk melayan semua pekerja secara sama rata, manakala larangan itu tidak disasarkan kepada seorang individu sahaja.

“Peraturan itu (G4S) melayan pekerja sama rata dengan meminta mereka untuk berpakaian secara neutral dan tanpa pengecualian,” kata ECJ dalam keputusannya.

Mahkamah beribu pejabat di Luxembourg itu membuat keputusan berhubung kes seorang wanita Islam yang dipecat oleh firma keselamatan G4S di Belgium selepas tetap dengan pendiriannya untuk bertudung.

Kes pada 2003 itu bermula apabila Samira Achbita diterima bekerja sebagai penyambut tetamu oleh G4S di Belgium.

Ketika itu, firma berkenaan mempunyai peraturan tidak bertulis bahawa pekerjanya tidak boleh memakai sebarang simbol politik, agama atau falsafah semasa bekerja.

Pada 2006, Samira memberitahu G4S bahawa dia mahu memakai tudung di tempat kerja tetapi dilarang majikannya.

Firma tersebut kemudian memperkenalkan larangan rasmi seumpamanya dan seterusnya memecat Samira. Susulan itu, dia memfailkan aduan di mahkamah kerana mendakwa menjadi mangsa diskriminasi.

Selain itu, kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) menyifatkan keputusan ECJ sebagai “mengecewakan” dan boleh mendorong diskriminasi.

“Dengan memutuskan bahawa syarikat boleh melarang pemakaian simbol agama berdasarkan prinsip neutral, mereka (ECJ) membuka pintu belakang kepada tindakan prejudis,” kata AI dalam satu kenyataan.

Pemakaian simbol agama khususnya simbol Islam seperti tudung menjadi isu panas selepas kebangkitan parti politik nasionalis dan anti-Islam di Eropah.

Sesetengah negara seperti Austria kini menimbang untuk melarang pemakaian purdah di tempat awam, manakala pihak berkuasa tempatan di Perancis melarang wanita memakai baju renang menutup aurat atau burkini di pantai awam.– AFP


Tags / Kata Kunci: ECJ , tudung , EU

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan