Beri Anjing Makan Kucing Hidup, Tiga Lelaki Didenda Bersih Zoo

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 10:17 AM

GAMBAR HIASAN. - Ihsan arabianbussiness.com

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Tiga lelaki diarahkan membersihkan Zoo Dubai selama tiga bulan selepas perbuatan mereka menyeksa seekor kucing tular dalam laman media sosial.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan pihak polis bandar tersebut selepas satu video yang tersebar dalam media sosial menunjukkan mereka memberi beberapa ekor anjing makan seekor kucing hidup.

Perbuatan mereka itu mengundang kecaman dari seluruh rakyat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mengutuk tindakan tersebut sebagai menyeksa haiwan.

Susulan kejadian tersebut, pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum sendiri mengeluarkan arahan untuk mendenda kesemua lelaki berkenaan melakukan khidmat masyarakat dengan membersihkan Zoo Dubai pada setiap hari selama empat jam bagi tempoh tiga bulan.

"Tindakan kesemua lelaki iotu merupakan satu jenayah yang bertentangan dengan norma manusia.

"Tindakan kejam itu juga bertentangan dengan nilai yang diajar oleh agama iaitu menunjukkan sifat kasihan dan menjaga kebajikan haiwan," katanya seperti dilaporkan portal Zawya.

Tiada butiran lanjut mengenai ketiga-tiga lelaki itu sama ada mereka merupakan rakyat tempatan atau penduduk asing.

Berdasarkan undang-undang yang berkaitan penderaan haiwan di UAE, denda sebanyak AS$54,500 (RM242,352) atau penjara sehingga setahun boleh dikenakan jika peraturan tersebut dilanggar.

Tags / Kata Kunci: Zoo Dubai , Anjing Makan Kucing

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan