Empat Warga Bangladesh Berenang Dari Malaysia Ke Singapura Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 10:25 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Empat lelaki warga Bangladesh yang cuba berenang ke Singapura dari perairan Malaysia ditahan oleh Polis Pengawal Pantai (PCG) kerana menyalahi undang-undang masuk ke negara ini.

Mereka yang berumur antara 25 dan 42 tahun itu dikesan di tengah laut perairan Malaysia, dekat Sungei Tuan pada pukul 12.22 tengah hari Selasa, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam satu kenyataan bersama, Selasa.

Mereka sedang menuju ke arah perairan Singapura.

Pasukan penguatkuasan darat dan laut telah dikerahkan dan empat lelaki terbabit telah dipintas dan ditahan.

Siasatan sedang dijalankan.

ICA dan PCG berkata mereka memandang serius sebarang percubaan untuk tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan, memasuki atau meninggalkan Singapura secara haram.

Mereka yang berada di negara ini melebihi tempoh atau memasuki Singapura secara haram boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan dan menerima sehingga tiga kali sebatan.


Mereka yang meninggalkan Singapura secara haram berdepan penjara enam bulan, denda sehingga $2,000 (RM6,289) atau kedua-duanya.

SPF dan ICA berkata mereka akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat pemeriksaan dan sempadan maritim Singapura untuk mencegah cubaan menyeludup orang, ubat-ubatan, senjata, bahan letupan dan bahan seludup lain yang tidak diingini. –The Straits Times/Asia News Network
Tags / Kata Kunci: perairan Singapura , perairan Malaysia , ICA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan