Parlimen Lulus Brexit, Scotland Mahu Keluar Britain

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 1:34 PM

SEORANG penunjuk perasaan diselubungi bendera Kesatuan Eropah ketika menyatakan sokongan pindaan rang undang-unang membenarkan rakyat EU kekal di Britain, di London pada 13 Mac 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

LONDON: Britain semakin hampir keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit selepas Parlimen negara itu meluluskan rang undang-undang untuk membenarkan Perdana Menteri Theresa May memulakan perbincangan berhubung pelan keluar daripada blok tersebut.

House of Commons meluluskan rang undang-undang itu beberapa minggu lalu, tetapi House of Lords yang dianggotai 800 wakil mahu pindaan dilaksanakan dengan membenarkan penduduk EU tinggal di Britain selepas pasca Brexit.

Selain itu mereka menuntut Parlimen mendapatkan undian 'bermakna' dalam perjanjian akhir antara Britain dan  27 negara anggota EU.

Kedua-dua pindaan tersebut ditolak pada Isnin oleh House of commons yang menyaksikan Parti Konservatif memiliki undi majoriti, sekali gus memaksa House of Lords akur dengan rang undang-undang asal tanpa sebarang pindaan.

Kini rang undang-undang itu hanya perlu menunggu tandatangan pemerintah Britain, Ratu Elizabeth sebelum May memulakan rundingan dengan EU untuk keluar daripada blok tersebut.

Bagaimanapun, May terpaksa berdepan cabaran daripada Scotland yang menyuarakan hasrat untuk keluar daripada Britain jika rancangan Brexit diteruskan.

Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon menggesa satu pungutan suara diadakan bagi mendapatkan kemerdekaan negara itu dalam tempoh dua untuk mengelakkan negara tersebut diheret keluar dari EU tanpa kerelaan.

Sturgeon berkata, beliau akan meminta Parlimen Scotland untuk memberi kuasa kepada beliau mengadakan pungutan suara bagi mendapatkan kemerdekaan.


Tags / Kata Kunci: Brexit

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan