Puluhan Penduduk Kampung Jadi Jutawan Jual Benang

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Beberapa tahun lalu, hampir 2,000 penduduk kampung di Donggaozhuang, utara China terpaksa menahan lapar kerana gagal meraih pendapatan daripada hasil tanaman gandum dan jagung.

Kini, berpuluh-puluh daripada mereka bergelar jutawan dan lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah tersebut apabila mula beralih pernigaaan menjual benang tenun secara dalam talian.

Kisah kejayaan di kampung Donggaozhuang bermula apabila seorang daripada penduduk kampung itu membuka kedai dalam talian atau e-shop dalam laman perniagaan terbesar China, Taobao untuk menjual benang tenun.

Perniagaannya berjalan lancar apabila dalam tempoh tiga bulan sahaja dia mampu meraih keuntungan AS$2,900 (RM12,900), kekayaan kecil bagi rata-rata penduduk China yang memperoleh gaji minimum sebanyak AS$330 (RM1,400) sebulan.

Kejayaan penduduk itu tersebar pantas dalam kalangan penduduk Donggaozhuang dan mereka meminta nasihat lelaki tersebut untuk menjalankan perniagaan dalam talian.

Memandangkan perniagaan benang tenun memberi pulangan lumayan, ramai penduduk kampung mula mengikut jejak lelaki yang tidak dinamakan itu dan mereka sanggup menjual tanah masing-masing untuk melabur dalam perniagaan itu.

Kini Donggaozhuang menjadi lokasi lebih 400 usahawan Internet yang menjual benang tenun dalam Taobao.

Malah berpuluh-puluh daripada mereka sudah bergelar jutawan dan selebihnya memiliki kehidupan yang lebih baik berbanding ketika bercucuk tanam beberapa tahun lalu.

Perniagaan benang itu juga sangat lumayan sehingga ramai kanak-kanak di Donggaozhuang terpaksa berhenti sekolah untuk membantu perniagaan keluarga.

Tags / Kata Kunci: Donggaozhuang , Jutawan Benang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan