Polis Belanda Agresif Lerai Bantahan Pro-Turki

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

ROTTERDAM: Pasukan polis berkuda dan meriam air digunakan untuk meleraikan bantahan di bandar ini susulan rusuhan yang meletus selepas pihak berkuasa melarang menteri Turki daripada mengunjungi negara itu.

Koresponden AFP melaporkan, lebih 1,000 orang berkumpul di luar konsulat Turki di mana polis bersenjatakan cota menunggang kuda, mula menyuraikan penunjuk perasaan.

Datuk bandar ini, Ahmed Aboutaleb dijangka mengadakan sidang media berhubung situasi di sini selepas pesawat membawa Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu dilarang mendarat di sini untuk berucap di hadapan perhimpunan pro-kerajaan.

Pada masa sama, Aboutaleb dilaporkan berkata, Menteri Keluarga Turki Fatma Betul Sayan Kaya diiringi keluar dari Rotterdam ke Jerman. 

Selain itu, Ahmed Aboutaleb turut mengeluarkan perintah kecemasan lewat Sabtu dalam usaha menghalang demonstrasi pro-Turki di luar konsulatnya menjadi zon sengketa ketika hubungan tegang antara Belanda dan Turki. 

Datuk Bandar itu berkata, beliau memerlukan kuasa khas bagi menjamin keselamatan di seluruh bandar itu.

Di bawah kuasa itu, lebih mudah pihak berkuasa menyuraikan penduduk daripada kawasan diplomatik seperti konsulat. 

Beliau juga bimbang lebih ramai akan menyertai bantahan dan besar kemungkinan berlakunya rusuhan.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan