Hubungan Malaysia-Indonesia Tetap Akrab - Megawati

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 2:46 PM

Megawati Soekarnoputri.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Hubungan Malaysia dan Indonesia tetap akrab walaupun pemimpin silih berganti, kata bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri.

Katanya, beliau sendiri dapat merasai keakraban itu sejak menjadi naib presiden sehingga menjadi presiden Indonesia dan mempunyai hubungan yang baik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta perdana menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Hubungan kita terus erat dan saya berharap hubungan silaturahim ini berterusan," katanya pada majlis makan malam anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di kediaman Duta Besar Malaysia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di sini, malam Sabtu.

Megawati berkata, hubungan Malaysia-Indonesia dihormati kerana kedua-dua negara juga adalah peneraju ASEAN.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Zahrain, Datin Seri Che Mahani Ismail, Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia Yasonna Laoly, Setiausaha Kabinat Pramono Anung, Gabenor Sulawesi Utara Olly Dondokambey, para pemimpin parti PDI-P serta pegawai kanan kedutaan.

Pada majlis itu tetamu dijamu dengan masakan Malaysia dan buah durian dari Malaysia termasuk jenis "Black Thorn", dan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Zahrain dan Megawati.

Presiden kelima Indonesia itu dijadual berangkat ke Kuala Lumpur pada Ahad bagi menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada seminar mengenai jenayah seksual kanak-kanak, Isnin.

Megawati atau nama sebenarnya Diah Permata Megawati Setiawati Soekarnoputri adalah anak kepada presiden pertama Indonesia Soekarno dan masih memimpin parti politiknya PDI-P sehingga sekarang.

Zahrain kemudiannya memberitahu pemberita, keakraban hubungan Malaysia dan Indonesia terbukti apabila bekas presidennya sanggup menghadiri majlis makan malam yang diadakan secara santai sahaja.

Katanya, Megawati dan rombongannya yang terdiri dari menteri dan para pemimpin parti PDI-P itu begitu gembira kerana dapat menghadiri majlis makan malam serta menikmati rasa durian dari Malaysia yang dibawa khas dari ibu negara.

Beliau berkata, kehadiran rombongan Megawati itu menzahirkan hubungan antara Malaysia-Indonesia bukan sekadar hubungan diplomatik malah ia ibarat hubungan dua saudara yang akrab. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Indonesia , Megawati Soekarnoputri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan