Empat Lagi Negeri AS Bantah Arahan Trump

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Empat lagi negeri Amerika Syarikat (AS) menyertai tindakan Hawaii mengambil tindakan undang-undang terhadap arahan eksekutif terbaharu yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump berhubung larangan kemasukan orang Islam ke negara ini.

Berdasarkan arahan terbaharu itu, Trump mengenakan sekatan selama 90 hari terhadap enam buah negara Islam untuk memasuki AS selain menangguhkan program kemasukan pelarian selama 120 hari.

Enam negara terbabit merupakan Somalia, Iran, Syria, Sudan, Libya dan Yemen.

Empat negeri terbaharu membantah tindakan Trump itu merupakan Oregon, Washington, New York dan Massachusetts.

Oregon menyifatkan arahan Trump itu sebagai menjejaskan penduduk, pekerja, sistem kesihatan, universiti dan ekonomi negara manakala Washington menganggap larangan terbabit mempunyai motif yang sama seperti arahan terdahulu.

New York pula menyelar arahan itu sebagai larangan ke atas penduduk Islam dengan berselindung menggunakan nama lain dan Massachusetts menyifatkan larangan Trump tersebut bersifat demokrasi dan tidak mengikut Perlembagaan.

Pada Khamis, Hawaii menjadi negeri pertama AS membantah secara rasmi arahan eksekutif Trump dengan mengemukakan saman terhadap Kerajaan Persekutuan.

Trump mengeluarkan arahan terbaharu itu selepas larangan yang dikuatkuasakan pada Januari lalu dihalang oleh Mahkamah Persekutuan dan ditentang oleh rakyatnya sendiri.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan