'Kami Berdoa Setiap Hari Agar Ada Pihak Membantu'

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG kanak-kanak di Kemboja menderita penyakit misteri yang menyebabkan tulang tengkoraknya merekah 10 sentimeter dan rekahan tersebut semakin membesar dari masa ke semasa.

Kanak-kanak malang itu, Pheaktra Pov pada awalnya dilahirkan dengan rekahan kecil di bahagian atas tengkorak, tetapi doktor tidak pasti punca rekahan tersebut dan tidak melakukan sebarang rawatan.

Selepas enam tahun, rekahan itu semakin membesar dan dalam, meliputi bahagian dahi sehingga bahagian dalam tengkoraknya.

Pakar perubatan tidak pasti punca penyakit itu yang dikesan ketika ibunya, Srey, 40, mengandung tujuh bulan.

Keluarga Pov masih berusaha mencari penawar tetapi pakar mendakwa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana segalanya sudah terlewat.


Nenek Pov, Thorn Hong, 67, setiap minggu membawa cucunya itu ke kuil Angkor Watt di wilayah Sem Reap untuk meminta sedekah bagi mencari dana menampung rawatan kanak-kanak tersebut.

"Pov dilahirkand dengan keretakan kecil di bahagian kepala dan rekahan itu semakin membesar.

"Saya boleh memasukkan tangan ke dalam rekahan itu," katanya.

Namun Hong tidak berhenti berharap agar bantuan dapat dihulurkan bagi merawat penyakit misteri cucunya itu.

"Saya berdoa setiap hari agar mana-mana pihak tampil untuk merawat penyakit Pov," katanya.

Setakat ini, beberapa pertubuhan kebajikan tempatan menyalurkan ubatan percuma kepada Pov untuk menghalang saiz rekahan membesar, tetapi bantuan itu tidak memberi sebarang kesan.

Tags / Kata Kunci: Pheaktra Pov , Tengkorak Merekah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan