Mana Satu Ibu, Mana Satu Anak?

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sukar untuk membezakan mana satu si ibu dan anak apabila Xu Min, 50, bertemu dengan anak perempuannya yang berusia 25 tahun ketika mereka duduk bersebelahan.

Xu Min, yang digelar sebagai 'kecantikan ajaib' oleh media China, mencetuskan rasa kagum dalam kalangan netizen tentang rupanya yang nampak muda berbanding usiannya.

Malah gambar terbaharu dua beranak itu yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan seolah-olah mereka adalah adik beradik.

Dengan memiliki kulit yang kelihatan berseri dan licin, Xu Win yang merupakan pereka fesyen, sering dianggap sebagai kakak kepada anaknya itu.

Namun wanita yang tinggal di wilayah Yunnan itu tidak lokek untuk berkongsi rahsia awet muda apabila memberitahu kaedah yang diamalkan bagi kekal keilhatan jelita.


"Saya selalu membuat rawatan muka, mengamalkan rutin tidur yang baik dan sentiasa menenangkan jiwa serta fikiran," katanya seperti dilaporkan portal MailOnline.

Selain itu, Xu Min mengakui anak perempuannya adalah teman yang terbaik jika mereka keluar membeli-belah.

"Kami seperti kawan baik dan tiada perbezaan yang wujud. Saya sangat menyukai pilihannya apabila kami keluar membeli pakaian," katanya.

Malah suami Xu Min yang hanya dikenali sebagai HUang, berkata, dia sentiasa berbangga setiap kali keluar bersama isterinya.

Maka tidak hairanlah, Huang sering disalah anggap oleh orang awam yang menyangka isterinya merupakan perempuan simpanannya.

"Isteri saya dilahirkan sebagai wanita yang cantik dan dia suka menjaga penampilan serta rupanya.

"Lebih penting lagi, dia merupakan wanita yang baik, selalu tidur seawal 9 malam pada setiap hari dan mementingkan kecantikan diri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Xu Min , Wanita Cantik

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan