Hawaii Negeri Pertama AS 'Lawan' Arahan Trump

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 5:24 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Hawaii menjadi negeri pertama Amerika Syarikat (AS) yang mengambil tindakan undang-undang terhadap larangan perjalanan baharu yang dikuatkuasakan oleh Presiden Donald Trump.

Berdasarkan larangan terbaharu yang dikaji semula, rakyat dari enam negara dilarang untuk memasuki AS dan Trump turut menggantung program penempatan pelarian di negara itu.

Pejabat peguam negeri itu pada Rabu dalam kenyataannya berkata, larangan baharu itu tidak jauh beza dengan arahan eksekutif yang dikeluarkan Trump pada bulan lalu yang digantung atas arahan sebuah mahkamah persekutuan AS.

Berdasarkan arahan terbaharu itu, Trump mengenakan larangan pembaharuan visa terhadap rakyat Syria, Iran, Somalia, Libya, Sudan dan Yemen selain menutup sementara program pelarian AS selama 120 hari.

Hawaii mengemukan notis untuk memfailkan saman terhadap larangan itu yang akan mula berkuatkuasa pada 16 Mac ini.

Berdasarkan saman itu, arahan tersebut akan menggugat masyarakat Islam di Hawaii, sektor pelancongan dan kemasukan pelajar asing.

"Saman ini dikemukakan untuk melindungi penduduk, perniagaan dan sekolah di Hawaii selain mempertahankan kedaulatan daripada tindakan tidak sah yang dibuat oleh Presiden Trump dan Kerajaan Persekutuan," jelas pejabat peguam tersebut.

Jabatan Kehakiman AS bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Tags / Kata Kunci: Hawaii , Donald Trump

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan