Si Cantik Menderita Muka Dimakan Bakteria

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

PHNOM PENH: Seorang remaja perempuan di Kemboja 'kehilangan' mukanya akibat dimakan sejenis bakteria yang dipercayai berasal dari tempat dia bekerja.

Suth Reth, 18, menderita penyakit jarang berlaku dikenali sebagai necrotising fasciitis selepas dia menjalani pembedahan kecil untuk mencabut gigi di klinik tempatnya bekerja.

Menurut portal MailOnline, gara-gara tidak merawat luka pembedahan itu dengan cepat, bakteria yang melekat pada tekaknya menyusup ke saluran darah di mukanya.

Lebih parah lagi, bakteria berkenaan memakan daging mukanya di sebelah kanan, menyebabkan rupanya yang cantik kini sudah 'hilang'.

Dia dikejarkan ke hospital di ibu negara pada minggu lalu untuk mendapatkan rawatan dan berat badannya susut sehingga 38 kilogram selepas menderita penyakit tersebut.


Kini dia bergelut untuk meneruskan hidup ketika doktor bertungkus-lumus menghentikan jangkitan bakteria di bahagian mukannya.

Kes yang dihadapi Reth itu mendapat perhatian antarabangsa apabila seorang rakyat Kanada, Yulia Khouri yang tinggal di kampung remaja tersebut meminta bantuan orang ramai menyalurkan derma bagi menampung kos perubatan

Atas usaha Yulia yang menyebarkan kisah Reth dalam laman sosial, remaja berkenaan dikunjungi oleh sepasukan pakar bedah Jerman dan seorang pakar bedah Malaysia yang memiliki pengalaman luas dalam pembedahan muka.

"Masa semakin suntuk tetapi Reth berada dalam keadaan stabil.

"Kami harap dapat mengumpulkan dana yang mencukupi untuk menampung kos rawatan tersebut,"kata Yulia tanpa mendedahkan kos yang diperlukan.

Tags / Kata Kunci: Suth Reth

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan