'Doktor' Serang Hospital Tentera Afghanistan, 30 Maut

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 9:41 AM

TENTERA Afghanistan menguasai bahagian bumbung hospital ketika bertempur dengan anggota militan di Kabul pada 8 Mac 2017. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KABUL: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh apabila sekumpulan empat lelaki bersenjata menyerang sebuah hospital tentera di ibu negara Afghanistan di sini pada Rabu, menyebabkan pertempuran sengit tercetus antara kumpulan penyerang dan pihak keselamatan di dalam bangunan itu.

Sumber keselamatan memberitahu, serangan itu bermula dengan satu letupan kuat berdekatan Hospital Mohammad Daud Khan yang menempatkan kira-kira 400 pesakit sebelum tiga hingga lima penyerang bersenjatakan senapang automatik dan grenad memasuki kompleks tersebut.

Jelas sumber berkenaan, kumpulan penyerang yang menyamar sebagai anggota perubatan, menawan kawasan tingkat atas hospital itu dan bertempur dengan pasukan unit khas Afghanistan.

Pihak keselamatan turut mengepung kawasan sekitar hospital dan pertempuran antara kedua-dua pihak berlanjutan selama beberapa jam.

Jurucakap militan Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, pihaknya tidak terlibat dalam serangan itu tetapi tidak lama kemudiaan militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut yang turut mengakibatkan lebih 50 orang cedera.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Dawlat Waziri, antara yang maut termasuk tentera, doktor dan orang awam.

Ujarnya, kesemua empat penyerang turut terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mengutuk serangan itu ketika menyampaikan ucapan pada Hari Wanita Sedunia dan menyifatkan insiden itu sebagai serangan terhadap semua penduduk negara tersebut.

Hospital berkenaan digunakan untuk merawat anggota tentera yang cedera dalam kempen memerangi militan di seluruh negara dan terletak tidak jauh dari Kedutaan Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Afghanistan , Hsopital Tentera

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan