Trump Ubah Arahan, Rakyat Iraq & Penduduk Tetap AS Terkecuali

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Donald Trump telah menandatangani larangan perjalanan yang disemak semula ke atas enam negara majoriti Islam dan menarik balik arahan dengan mengecualikan rakyat Iraq serta penduduk tetap Amerika Syarikat (AS).

Langkah terbaharu ini dijangka berkuatkuasa 16 Mac ini.

Selepas sekatan kontroversi sebelum ini, beliau telah dihalang beberapa mahkamah persekutuan, Trump menandatangani arahan membekukan visa baharu kepada rakyat Syria, Iran, Libya, Somalia, Yaman dan Sudan.

Menurut Rumah Putih, Trump menandatangani arahan itu secara tertutup pada pagi Isnin. 

Setiausaha Negara, Rex Tillerson, menyifatkan arahan eksekutif itu langkah penting untuk mengukuhkan keselamatan negara.

Sementara itu, Peguam Negara, Jeff Sessions, dalam sidang media bersama itu menambah, ia memberikan mereka ruang untuk menilai semula bagaimana untuk menyaring rakyat yang datang dari negara yang membimbangkan ini.

"Tiga daripada negara itu menyokong keganasan," kata Sessions, merujuk kepada Iran, Sudan dan Syria, sambil menambah yang lain pula menjadi syurga kepada operasi keganasan.

Versi pertama arahan itu ialah menutup sementara sempadan AS kepada semua pelarian dan penduduk tujuh negara majoriti Islam.

Jabatan Negara pada mulanya membatalkan 60,000 visa dan ratusan orang dilaporkan ditahan di lapangan terbang AS. Arahan baharu itu mengecualikan rakyat Iraq, penduduk tetap dan pemegang visa sah. - AFP



Tags / Kata Kunci: Trump , Rumah Putih , Iraq

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan