Jong-un Bangga, Puji Latihan Peluru Berpandu Lancar

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 9:33 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia latihan serangan dan memberi arahan pelancaran empat peluru berpandu ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Jepun pada Isnin.

Agensi berita KCNA memetik pegawai Pyongyang yang turut memberitahu pemimpin tertinggi negara itu juga berpuas hati dengan latihan berkenaan.

"Dia merasa megah melihat kumpulan asap dari peluru berpandu balistik.

"Jong-un memuji Unit Artileri Hwasong, yang melancarkan peluru berkenan," kata KCNA.

Tambah KCNA lagi, Jong-un menganggap, semua peluru berpandu balistik yang dilancarkan serentak itu tepat seolah-olah ia kelihatan seperti formasi kumpulan akrobatik terbang.

Menurut agensi berita itu, unit tentera yang terbabit 'ditugaskan untuk menyerang pangkalan angkatan perang imperialis AS di Jepun secara luar jangka'. 

Mengikut resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pyongyang disekat dari menggunakan sebarang teknologi peluru berpandu balistik.- AFP

Tags / Kata Kunci: Jung-un , Pyongyang , Jepun

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan